Majlis minta agihan insentif menyeluruh


KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) meminta satu kajian dibuat Kementerian Pelajaran berhubung insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, kerana ia meminggirkan warga pendidik sekolah rendah.Yang Dipertuanya, Roslan Madon, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan insentif kepada guru besar dan guru di sekolah rendah serta Sekolah Kurang Murid (SKM).

“Nyata, kerajaan terlepas pandang warga pendidik di sekolah rendah, walhal alam persekolahan bermula di sekolah rendah. Kenapa jasa warga 7,900 pendidik sekolah rendah tidak diambil kira,” katanya.

Sempena Hari Guru, kelmarin, Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

Selain itu, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48. Bagi GPK sekolah rendah kluster, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34. 

2 comments:

  1. yang paling untong keje gomen kat Malaysia ni....
    Polis...
    Askar....
    sebab gaji deme selalu di riviu gomen....
    dan terkini Cekgu......
    Insyallah meghase jugak...
    yang lenlain...tunggu bones je leee

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Datang visit sini..nice blog :)
    Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

    ReplyDelete


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.