PM Banjir Kelantan paling menyedihkan, kekal dalam lipatan sejarah

RABU, 21 JANUARI 2015
Oleh Hairul Nizam Baharin bhnews@bharian.com.my 

Pemandangan dari udara banjir yang melanda sekitar Bandar Kota Baharu pada 27 Disember 2015 yang melanda Kelantan. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim, satu negeri yang agak sinonim dengan budaya dikir barat dan ulek mayang selain mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Menggambarkan tempat sebegitu, Rantau Panjang misalnya, ia dikenali sebagai 'syurga' membeli-belah yang penuh dengan deretan kedai menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg tangan dan kelengkapan dapur yang menggamit kehadiran pengunjung ke situ. Keenakan masakan seperti nasi kerabu, sup belut, nasi berlauk, kuih akok, bunga tanjung, jala emas dan pulut panggang manis sering menjadi pilihan pengunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini selain ia mudah didapati. Menjejakkan kaki di Kota Baharu pada 20 Disember lepas dari Kuala Lumpur yang memakan masa 10 jam, penulis beranggapan bahawa banjir yang berlaku kali ini sama seperti keadaan mana-mana banjir yang melanda negeri lain sebelum ini


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.