Water Before Bedtime
 About 90% of heart attacks occur early in the morning and it can be minimized if one takes a glass or two of water NOT grog or beer  before retiring in the evening.

I knew water is important but I never knew about the special times to drink it.
Did you?? 
  
Drinking water at the correct   time
Maximizes its effectiveness on the Human   body :


1 glasses of water after waking up -  helps activate internal organs


1 glass of water  30 minutes before a meal - helps digestion
1 glass of water before taking a bath - helps   lower blood pressure
1 glass of water before going to bed -   avoids stroke or heart attack

 


Please pass this to the people you care about.......
  
I JUST   DID...!!!
 
Aspire to inspire, before you expire
 

9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"

Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
 
hj meh

ICT untuk Pemimpin Instruksional

PENGENALAN

Matlamat pembangunan ICT  Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P, meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM. Prasarana ICT akan menjadi sumber fizikal yang penting kepada proses kerja harian pada semua peringkat pengurusan. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan juga akan banyak dipengaruhi oleh tahap penggunaan prasarana ICT.

Konsep pengurusan pendidikan sebagai pemimpin instruksional kepada subordinat di organisasi pendidikan telah lama diperkatakan. Ia merupakan cabaran kepada kaedah pengurusan dalam organisasi pendidikan bagi mencapai matlamat secekapnya. Program ICT untuk Pemimpin Instruksional akan menyediakan pengurus pendidikan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam skop yang boleh membantu mereka merancang, melaksana, memantau dan menilai pencapaian matlamat organisasi.



OBJEKTIF
1.  Memahami konsep pemimpin instruksional. 
2.  Mengenal pasti skop dan fungsi pemimpin instruksional. 
3.  Berkebolehan menggunakan ICT sebagai pengupaya ke arah pengurusan  instruksional
     yang efisien. 
4.  Meningkatkan keberkesanan kepimpinan instruksional dengan ICT.
5.  Merangka pelan penggunaan ICT organisasi.



KANDUNGAN KURSUS
1.  Konsep kepimpinan instruksional dalam konteks pendidikandi Malaysia  
2.  ICT sebagai pengupaya dalam kepimpinan instruksional. 
3.  Pelan penggunaan ICT organisasi.
 
KUMPULAN SASARAN 
1.  Pengetua 
2.  Guru Besar 

PENSIJILAN 
Sijil Kehadiran

Pengurusan Perkhidmatan ICT (PPICT)

PENGENALAN
Matlamat pembangunan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam pdp, meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM. Lanjutan daripada itu prasarana ICT akan menjadi sumber fizikal yang penting kepada proses kerja harian pada semua peringkat pengurusan. Keberkesanan dan keefisienan pengurusan juga akan banyak dipengaruhi oleh prestasi prasarana ICT. Sehubungan itu pengurusan perkhidmatan ICT akan menjadi kritikal kepada semua organisasi pendidikan.

Pengurusan perkhidmatan ICT merupakan asas kepada pengurusan keseluruhan prasarana ICT sesuatu organisasi. Pengetahuan teknikal dan kemahiran yang sesuai perlu diperoleh oleh pengurus pendidikan bagi meningkatkan kecekapan membuat keputusan berkaitan perancangan dan proses organisasi yang melibatkan penggunaan sumber ICT. Oleh itu, kursus ini akan dapat memberi pendedahan tentang perkara-perkara kritikal yang berkaitan pengurusan perkhidmatan ICT.

OBJEKTIF
1.  Memahami konsep pengurusan perkhidmatan ICT organisasi. 
2.  Memahami asas sistem pengkomputeran. 
3.  Merancang pengurusan perkhidmatan ICT organisasi. 
4.  Memahami aspek keselamatan ICT organisasi. 
5.  Berkeupayaan membuat keputusan berkaitan ICT.

KANDUNGAN KURSUS 
1.  Asas  sistem pengkomputeran. 
2.  Keselamatan ICT organisasi. 
3.  Pengurusan perkhidmatan ICT organisasi. 
4.  Lawatan penandaarasan.

KUMPULAN SASARAN 
1.  Pengetua 
2.  Guru Besar 

PENSIJILAN 
Sijil Kehadiran

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.