Berehat seketika...

Adakah anda berasa penat merenung komputer dalam jangkamasa yang lama? Berhenti seketika rehatkan badan. Lakukan senaman berikut supaya dapat memberi kesegaran ...  
Bagaimana sekarang? Tentu anda lebih segarkan... 

Tiada lagi ujian


pix_gal0

PROSPEK mulai 1 Julai dinilai panel berwibawa

PUTRAJAYA: Kaedah penilaian baru bagi kakitangan awam untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan Januari lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan, tetapi ditentukan panel penilai berwibawa dianggotai oleh ketua jabatan dan kakitangan pelbagai peringkat.

Panel penilai itu akan bertukar setiap tahun bagi mengelakkan elemen berat sebelah dan unsur pilih kasih.
Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) menggantikan PTK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Bagaimanapun, falsafah penilaian berasaskan kompetensi diteruskan dengan skopnya diperluaskan meliputi pembangunan kompetensi dan potensi.

Hasil penilaian akan menentukan status kompetensi pegawai sama ada mempunyai kompetensi cemerlang dan berpotensi tinggi; memenuhi kompetensi dan berpotensi atau memerlukan pembangunan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata selain dimensi asas seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap, sistem baru itu juga mengambil kira dimensi tambahan, iaitu kreativiti dan inovasi selaras penekanan kerajaan pada masa ini.

“Pegawai yang melalui proses penilaian dan pembangunan serta memenuhi kriteria penilaian yang ditetapkan berpeluang menikmati ganjaran dalam bentuk pembangunan diri dan kemajuan kerjaya,” katanya pada majlis menandatangani persetujuan bersama sistem baru itu dengan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, malam tadi. CUEPACS diwakili Presidennya, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, penilaian potensi sebagai nilai tambah kepada penilaian baru itu bertujuan memantapkan lagi fungsi pengurusan bakat dalam perkhidmatan awam.

Oleh Johari Ibrahim dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2011/05/20



Majlis minta agihan insentif menyeluruh


KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) meminta satu kajian dibuat Kementerian Pelajaran berhubung insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, kerana ia meminggirkan warga pendidik sekolah rendah.Yang Dipertuanya, Roslan Madon, berkata kerajaan perlu mempertimbangkan insentif kepada guru besar dan guru di sekolah rendah serta Sekolah Kurang Murid (SKM).

“Nyata, kerajaan terlepas pandang warga pendidik di sekolah rendah, walhal alam persekolahan bermula di sekolah rendah. Kenapa jasa warga 7,900 pendidik sekolah rendah tidak diambil kira,” katanya.

Sempena Hari Guru, kelmarin, Najib mengumumkan guru terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, mulai 1 Januari depan, selain berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Beliau juga mengumumkan guru kini diklasifikasi kepada empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54.

Selain itu, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48. Bagi GPK sekolah rendah kluster, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34. 

Mensyukuri Rezeki


·      Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.
·      Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.
·      Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah. 
·      Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima. 
·      Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan

MUHYIDDIN ON WORLD CLASS EDUCATION


May 10, 2011

BAGAN DATOH, May 7 (Bernama) -- The national education system can be regarded as world class when it can produce students able to use a new approach to acquire knowledge instead of depending on normal methods, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said Saturday.

He said this objective could be achieved through the transformation in education now undertaken with an approach that focussed on opening the minds of students to make them creative and innovative.

"When normal schooling can be stabilised through a transformation programme in line with the making of a progressive high-income nation, we hope to produce students who can think independently, and this is a characteristic of a world class education system, he said.

He was speaking at the presentation of Curricular, Co-curricular and Personality Excellence Awards 2011 at Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh here.

Muhyiddin, who is also Education Minister, said that achievement of this goal would require the commitment of the students, parents, teachers and all involved in the national education system.

Dunia ini bagaikan lautan

Ingat lima perkara

PSD scholarships for SPM top scorers

PETALING JAYA: The Cabinet has decided that all students who scored 8A+ and above in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 will get a Public Service Department (PSD) scholarship.

MCA deputy president Datuk Seri Liow Tiong Lai said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was very happy with the SPM results and wanted to reward more good students.

Friday May 6, 2011
By KAREN CHAPMAN
educate@thestar.com.my

Mahasiswa perlu pelbagaikan bahan bacaan ilmiah

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi memandang serius sikap mahasiswa yang didakwa hanya berminat membaca dalam lingkungan bidang masing-masing sedangkan proses pembacaan bersifat menyeluruh bagi memastikan mereka berkebolehan dalam pelbagai bidang.


Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata sudah tiba masanya kementerian mengkaji perkara itu dengan lebih serius kerana pihaknya tidak mahu graduan hanya menguasai ilmu yang dipelajari di universiti sebaliknya mengharapkan mereka dapat menguasai ilmu bersepadu.


Oleh Sharifah Salwa Syed Akil 
2011/05/04


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.