Pengurusan Pembelajaran Maya (PPM)

PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif menambahbaik sistem rangkaian komputer kepada 10,000 buah sekolah melalui projek 1BestariNet mulai tahun 2012.  Fokus utama 1BestariNet adalah memberikan penyelesaian “End To End”, akses internet yang stabil kepada semua sekolah, rangkaian WAN dan LAN serta persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment,VLE).

1BestariNet merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pembelajaran dan pengajaran, kolaborasi dan sistem pengurusan dilakukan melalui persekitaran pembelajaran maya. Pembelajaran maya sering dikaitkan dengan konsep seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian, pembelajaran jarak jauh dan  pembelajaran berasaskan laman web.

Pembelajaran maya merupakan satu trend pembelajaran abad ke 21 yang menekankan penggunaan internet untuk menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisma penghantaran maklumat, pemantauan prestasi pelajar dan capaian kepada sumber PdP yang segera. Selaras dengan perkembangan itu, KPM telah memutuskan supaya Frog dilaksanakan di semua sekolah. 

OBJEKTIF 
1.  Memahami konsep dan perkembangan pembelajaran maya.
2.  Memahami gambaran (overview) dan fungsi pembelajaran maya.
3.  Menguasai kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya.
4.  Memahami pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya. 
5.  Merancang pelan pelaksanaan pembelajaran maya di sekolah. 

KANDUNGAN PROGRAM 
1.  Konsep dan perkembangan pembelajaran maya.
2.  Gambaran (overview) dan fungsi teknologi pembelajaran maya.
3.  Kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya. 
4.  Pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya. 

KUMPULAN SASARAN 
1.  Pengetua 
2.  Guru Besar 

PENSIJILAN 
Sijil Kehadiran

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.