Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:
1. Pemarah paling mudah
dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam
mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh
Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki
itu Allah beri melalui maknusia.
5. Tamak orang yang tidak
puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana
dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak
abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta
atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna
iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang
lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih
besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja
banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala
mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki
sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana
sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan
orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita
ada.
9. Cinta dunia - tidak dapat
menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada
harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta
dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas"
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita
tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua
akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau
membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada
org lain.
hj meh
Alhmdulillah..entry yg menarik..
ReplyDeletejom jadi org yg bahagia..^_^