E-pekeliling cepat, jimatkan masa

PENGGUNAAN e-mel oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak dalam menyampaikan maklumat kepada semua guru berjaya meningkatkan keberkesanan pengurusan.

Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, Dayang Fatimah Abang Narudin, berkata sebelum ini pihaknya sering menerima aduan daripada guru mengatakan tidak mengetahui aktiviti anjuran PPD Gombak kerana dikatakan  tidak menerima surat makluman.

Namun, menerusi sistem itu pihaknya berjaya mengurangkan aduan, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat. “Sistem ini juga membolehkan kami menjimatkan penggunaan kertas secara maksimum dan menyumbang kepada alam sekitar.

“Selain itu, aplikasi E-pekeliling yang diperkenalkan turut menyediakan capaian pantas kepada semua warga sekolah dan PPD Gombak untuk mengakses maklumat berkaitan pekeliling kerajaan yang dikeluarkan sebagai rujukan,” katanya pada majlis anugerah Inovasi PPDG di Auditorium Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beberapa langkah perkukuh pembangunan sukan di sekolah

KUALA LUMPUR 17 Mac – Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan pelaksanaan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah. Beliau berkata, antara yang diputuskan ialah menjadikan aktiviti sukan di sekolah sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan-timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang. Selain itu, katanya, bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum akan dipisahkan.

0cm;">


“Kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan. Selain itu, beliau berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

Muhyiddin berkata, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini. -Bernama 17 Mac 2010

Lawatan ICT ke SK Bintang Utara Kuala Lumpur





















Lawatan ICT ke SMK Khai Mun, Bentong

18 Mac 2010
Inovasi ICT Program Pembestarian sekolah
School Management System (SMS)(Perridot System) 
e-Kehadiran, e-learning, e-Disiplin, e-Peperiksaan, e-Sijil Berhenti, e-Perpustakaan









Lawatan ICT ke SMK (P) Sri Aman Petaling Jaya

8 Apr 2010
On-line school
Pengajaran secara Blog, Penggunaan ICT, Pelajar dibenarkan membawa laptop, Penggunaan Interactive Whiteboard, Perkongsian waktu pengajaran ICTL dengan mata pelajaran lain






























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.