Gajet, internet sumber rujukan pelajar abad 21

SABTU, 8 OGOS 2015
Oleh Dr Maslawati Mohamad 

KEPERLUAN membaca terutama dalam kalangan pelajar mengalami peralihan daripada keperluan membaca bahan bercetak kepada membaca bahan yang diperoleh melalui internet. Walaupun ia nampak mudah, namun dalam kalangan pelajar terutama yang berada di institusi pengajian tinggi, sumber ini turut mempunyai permasalahannya. Untuk itu, beberapa strategi perlu dalam mengatasi permasalahan ini dalam meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap bahan ilmiah yang diperoleh melalui internet, seterusnya membantu pelajar dalam usaha menyiapkan tugasan, menjawab soalan kuiz dan ketika membuat persiapan menghadapi peperiksaan.   Oleh kerana kebanyakan bahan bacaan ilmiah di internet adalah dalam bahasa Inggeris, ramai pelajar menghadapi masalah memahami apa yang dibaca sepenuhnya disebabkan kurangnya penguasaan kosa kata serta terminologi dalam disiplin akademik bagi bahasa Inggeris.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.