Bayar cukai guna kad kredit jangan sampai jerat diri

KHAMIS, 5 MAC 2015

Bagi memberikan keselesaan kepada pembayar cukai untuk melaksanakan tanggungjawab mereka, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kelmarin mengambil inisiatif memperkenalkan kemudahan membayar cukai pendapatan menggunakan kad kredit dan debit Visa, Mastercard atau American Express yang dikeluarkan institusi perbankan di negara ini. Ia adalah satu lagi tambahan dalam kaedah pembayaran yang diperkenalkan LHDN untuk memastikan urusan pembayaran cukai bukan sahaja lebih mudah, tetapi juga lebih pantas. Pada masa sama kaedah pembayaran yang boleh dilaksanakan menerusi portal Bayar Hasil, https://byrhasil.hasil.gov.my ini juga bermatlamat mewujudkan lebih banyak masyarakat tanpa tunai yang melakukan pembayaran secara dalam talian.  Sasaran LHDN adalah untuk meningkatkan bilangan transaksi pembayaran cukai pendapatan secara dalam talian pada tahun ini kepada 25 peratus berbanding hanya 13.1 peratus pada tahun lalu. Dari segi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pembayar cukai, kita amat menyambut baik inisiatif terbaru yang dilaksanakan oleh LHDN ini. Namun, walaupun kaedah ini adalah sesuatu yang amat memudahkan, mereka yang mahu menggunakannya perlu bijak dan berhemat. Kita tidak mahu nanti, ada yang berjaya melunaskan tanggungjawab mereka membayar cukai pendapatan, tetapi hutang pula bertambah yang seterusnya mungkin menjerat mereka, bahana penggunaan kad kredit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/38667

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.