Social and demographic factors help Shanghai students hit fast lane for academic success



If money is really key to buying a good education, then it is easy to see why Shanghai produces some of the brightest children in China and, by extension, some of the brightest in the world.
Students from China's affluent financial hub have once again dramatically outperformed their peers in the rest of the world, including Australia, in reading, maths and science, according to new results of an international standardised test for high-schoolers, the Program for International Student Assessment (PISA). The math scores for the city's 15-year-olds, for example, put them three years ahead of their average peers from other OECD nations.
But China, uniquely, is not listed as a country in the rankings, and has only shared Shanghai's scores, unlike nearly all the other countries, including Australia, the US and Germany, which are all judged on their nationwide results. (Hong Kong and Macau also send separate data).
It has raised long-held concerns about the reliability of the test in its representation of China. And for many, the test merely highlights the wide disparity of education opportunities, depending on where you are born.
More than 80 per cent of Shanghai high school graduates go on to university, compared to less than a quarter nationwide. Shanghai's per capita gross domestic product is more than double the national average and parents are able to invest heavily in their children's education both at and outside school, to an extent typical Chinese workers cannot.
"I think it's common sense to emphasise that Shanghai doesn't represent the whole of China," said Liang Xiaoyan, an advocate for equality in education at Beijing-based NGO Western Sunshine Development.
She said education funding in Shanghai is almost eight times more than that of poorer provinces like Jiangxi and Guizhou.
At one end of the spectrum, at the historic Shanghai Middle School, an exclusive state-owned boarding school, more than 4 million yuan (about $725,045) has just been spent on six new machines for its suite of university-grade science laboratories. In its sprawling grounds the school has its own museum, performing arts centre, and a sports centre complete with regulation-size football field, tennis courts and swimming pool.
Zhang Jianhua, the deputy director of academic affairs at Shanghai Middle School, said top Chinese schools had long moved on from the stereotypes of dictatorial rote learning. Her school, she said, was all about giving students the best facilities in order for them to find their passion and nurture their talent.
On top of the core maths, science and humanities subjects, students are given a mind-boggling choice of more than 100 elective classes, including digital photography, music production, robotics and anti-terrorism.
More at home with those familiar with a misspent youth were a classroom full of driving simulators that seemed more NASCAR than PISA.
"It teaches students how to follow driving rules and prepares them for when they take their driving tests," Ms Zhang says, seemingly ignoring that most of the simulators were zipping along at 130km/h.
Tong Xiaoxi, a professor at the Agricultural University of China, said the test results only served to highlight the disparity of education standards in poorer parts of China, with many schools struggling to provide basic heating and to find qualified teachers.
Many schools on the outskirts of Shanghai, which cater for the children of itinerant migrant workers unable to access government-funded schools, still rely heavily on a volunteer workforce.
"There is a huge regional gap, and a huge gap between social classes in China's education system," Professor Tong said.
Ms Zhang denied Shanghai's test scores were skewed by privileged students like hers, pointing out Shanghai Middle School provided only 80 students out of the 6000-plus randomly selected for the test.
Instead, she says, social and demographic factors have been responsible for Shanghai's strong test results. Confucian culture naturally dictates a strong work ethic, and parents are wealthier and better-educated, having grown up after the worst of the Cultural Revolution. And because of the one-child policy, most students grow up with the vast weight of their parents' hopes and dreams piled squarely on their shoulders.
"There's definitely parental pressure, we all hear about the 'Tiger Mums'," said Zhang Yilei, a 17-year-old Shanghai Middle School student who took the PISA test last year.
"But the desire to do well academically, to want to pave the way for a good future, has to come from within. In this society, not just in China, it's becoming tougher to find a job and have a good career."

Bajet 2014: Fasa kedua HSBB pacu penggunaan Internet

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyambut baik pengumuman tentang fasa kedua jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dalam Bajet 2014, sambil berkata ini akan memacu penggunaan Internet dan meningkatkan produktiviti.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) berkata, inisiatif ini merupakan rangsangan besar bagi Digital Malaysia dan akan bertindak sebagai pemangkin yang sangat penting untuk memacu negara ke arah ekonomi digital.

"Semakin ramai orang dan semakin banyak perniagaan menggunakan Internet, semakin cepat kita, sebagai sebuah negara, boleh melonjakkan pengeluaran, kecekapan dan akhirnya menambah baik kualiti hidup warga kita," kata Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Bajet 2014 merupakan belanjawan holistik bagi semua, yang akan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Dalam satu kenyataan berasingan, Cisco Malaysia berkata penyediaan HSBB adalah asas bagi peningkatan produktiviti, kecekapan dan kelebihan daya saing bagi perniagaan, malah juga bagi agensi-agensi kerajaan apabila berhubungan dengan rakyat.

"Prasarana HSBB Malaysia dan tumpuan kepada langkah meningkatkan kemudahan mengakses di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman bakal menjadi langkah penting untuk membawa perniagaan tradisi melangkah ke masa hadapan apabila mereka menambah penawaran perkhidmatan dan pasaran mereka," kata Naib Presiden Cisco bagi ASEAN, Irving Tan.

CA Technologies berkata pembangunan HSBB bukan sahaja membuka peluang bagi orang di kawasan-kawasan wilayah untuk mengambil bahagian dengan lebih baik dalam ekonomi digital, malah akan mendorong penambahbaikan komunikasi, pilihan yang lebih luas melalui e-dagang, peluang-peluang pekerjaan yang lebih besar, dan penjimatan dari segi masa dan wang.

"Kami yakin Bajet 2014 akan mempercepat daya saingan Malaysia di peringkat serantau dan global," kata Naib Presiden CA Technologies bagi Asia Selatan, Victor Cheng, dalam satu kenyataan.

Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan dalam Bajet 2014 bahawa kerajaan akan melaksanakan fasa kedua itu bersama sektor swasta melibatkan pelaburan sebanyak RM1.8 bilion yang akan memberi manfaat kepada 2.4 juta isi rumah di seluruh negara. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131026/ek_05/Bajet-2014-Fasa-kedua-HSBB-pacu-penggunaan-Internet#ixzz2iokNQ9JQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

IAB Enstek Nilai

1 Oktober 2013 hari pertama bertugas di IAB Enstek Nilai. Alhamdulillah...tidak perlu lagi berulang alik dari Seremban ke Genting Highlands dan berhadapan dengan pelbagai cabaran...selama 4 tahun.

Memanfaatkan sarana ibu bapa, akhbar

Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara - melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif.

Program tersebut berusaha untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi membimbing dan mendidik pelajar.

Sarana adalah segala sesuatu yang dijadikan alat atau cara untuk mencapai sesuatu. Sarana sekolah termasuk sistem pembelajaran, pentadbir, guru, dan semua kemudahan yang ada di sekolah.

Namun, kita masih kurang memberi perhatian terhadap sarana ibu bapa, masyarakat dan pihak swasta dalam pembelajaran dan pendidikan.

Pelajar menggunakan masa yang lebih banyak bersama-sama ibu bapa dan masyarakat.

Oleh sebab itu, ibu bapa dan masyarakat wajar memainkan peranan mereka untuk mendidik anak dengan lebih berkesan.

Ibu bapa bukan sahaja menyediakan kemudahan belajar di rumah dengan lebih selesa, malah wajar menyediakan emosi dan jiwa untuk belajar kepada anak-anak.

Ibu bapa wajar memberi kasih sayang melalui tutur kata bersemangat, tindakan, sentuhan serta bimbingan untuk membentuk disiplin belajar yang baik.

Sarana tersebut dapat melahirkan kesediaan anak-anak untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.

Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi sumbangan secara langsung terhadap pembelajaran anak- anak di sekolah.

Bagi tujuan tersebut, jawatankuasa khas dibentuk untuk mengumpul maklumat tentang sarana ibu bapa, dan perancangan serta pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat program ini.

Hampir setiap keluarga berlanggan surat khabar. Surat khabar merupakan sumber maklumat dalam masyarakat yang belum dimanfaatkan sepenuhnya oleh sekolah dan ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak.

Hal ini demikian kerana kebanyakan berita dan rencana dalam surat khabar tidak selaras dengan tahap dan keperluan pembelajaran.

Surat khabar yang disediakan untuk bacaan umum memerlukan suntingan dan ubah suai untuk menjadi bahan pembelajaran.

Tugas ini memerlukan kepakaran dan dedikasi guru. Sesetengah surat akhbar, khususnya Utusan Malaysia telah menyediakan bahan khusus untuk pembelajaran pelajar seperti sisipan ADaP - UPSR, PMR dan SPM.

Bahan tersebut tidak dapat digunakan oleh pelajar tanpa sokongan guru dan ibu bapa. Hal ini kerana pihak sekolah mungkin tidak dapat menyediakan setiap pelajar dengan surat khabar berkenaan.

Bukan semua ibu bapa memiliki atau membelikan akhbar berkenaan untuk kegunaan anak-anak di rumah.

Sekiranya ibu bapa yang melanggan Utusan Malaysia mendermakan naskhah ADaP kepada sekolah, sudah tentu pihak sekolah dapat mengumpulkan bahan tersebut untuk kegunaan pelajar di dalam bilik darjah.

Tambahan pula, bukan semua ibu bapa yang melanggan akhbar tersebut mempunyai anak yang memerlukan bahan tersebut.

Oleh itu, aktiviti pengumpulan bahan tersebut akan dapat memanfaatkan sarana yang disediakan oleh akhbar untuk pelajar.

Sumber maklumat melalui papan kenyataan, poster dan sebagainya di sekolah dapat dilihat dan dibaca oleh pelajar setiap masa memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Guru dan pelajar mungkin tidak cukup masa untuk menggantikan bahan-bahan dengan lebih kerap. Ibu bapa dan masyarakat boleh mengambil inisiatif untuk mengemas kini maklumat secara lebih kerap.

Ibu bapa boleh membuat keratan akhbar tentang berita-berita yang sesuai untuk melengkapi papan kenyataan di bilik darjah atau sekolah.

Langkah ini jika dapat dilaksanakan akan menceriakan bilik darjah dan memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar.

Aktiviti tersebut yang melibatkan ibu bapa dan menggunakan surat khabar merupakan langkah untuk mengeksploitasi sarana sedia ada bagi kegunaan pelajar di sekolah.

Aktiviti ini adalah antara cadangan yang boleh dilakukan dalam program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. Ahli jawatankuasa yang dilantik boleh memikirkan aktiviti lain sebagai usaha untuk memupuk semangat belajar yang lebih kental kepada pelajar.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi melaksanakan transformasi pendidikan wajar dihayati oleh semua pihak.

Ibu bapa dan masyarakat wajar mengambil tanggungjawab bersama dengan pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

n MD ISHAK A. RAHMAN

SMK Ledang, Johor

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan

Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus SPM 2016 disambut baik

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik pelan kerajaan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2016.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, pelan itu adalah inisiatif yang bertepatan dengan masa dan perlu dilihat dengan perspektif positif.
"Kita di NUTP menganggap ia sebagai satu cabaran yang baik, maknanya kalau kita tidak laksanakannya sekarang kita akan ketinggalan," katanya ketika dihubungi BERNAMA.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pelan berkenaan semalam yang menurutnya adalah seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menurutnya perkara itu sedang diperhalus Kementerian Pelajaran dan pelaksanaannya kelak diharap akan menurunkan peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran berkenaan dalam SPM.

Hashim berkata, biarpun banyak transformasi dan usaha yang dilakukan kerajaan dalam meningkatkan mutu bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, namun tidak dinafikan mutu pelajar negara di dalam bahasa Inggeris masih ketinggalan.

"Jadi kita harap inisiatif ini yang akan dilaksanakan dalam masa tiga tahun lagi mampu mengubah mutu pelajar kita, kalau boleh kita mahu lebih dari sekadar lulus dan terus mendapat kepujian," katanya.
Ke arah melaksanakan pelan itu, beliau mengingatkan kerajaan supaya segala persiapan dari segi kebolehupayaan guru dan kapasiti guru disediakan dengan mencukupi.

"Kita tak nak ada pelajar yang teraniaya, terutama di kawasan pedalaman," katanya dengan memberi cadangan supaya sidang meja bulat bersama pakar di bidang pendidikan diwujudkan bagi memastikan mutu bahasa Inggeris mencerminkan mutu pelajar sendiri.

Turut bersetuju ialah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan yang menyifatkan pengumuman pelan itu sebagai satu langkah wajar.

Menyifatkan pengumuman tiga tahun lebih awal mengenai pelaksanaan pelan itu sebagai strategi berkesan beliau mencadangkan kerajaan turut menimbang antara lain persediaan latihan mencukupi kepada guru-guru, mengemas kini kokurikulum sedia ada dan mewujudkan insentif dan kemudahan bersesuaian.

"Mungkin juga bagi mereka (guru bahasa Inggeris) peruntukan khas, begitu juga kemudahan sekolah seperti bahan-bahan bacaan, makmal bahasa Inggeris perlu difikirkan untuk diwujudkan, bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai," katanya.

Namun begitu, beliau berkata, peranan untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar tidak hanya terletak di tangan kerajaan, pihak swasta dan ibu bapa perlu turut main peranan.

Turut mengalu-alukan pelan kerajaan itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim yang berkata dengan pelaksanaannya pelajar akan lebih mengambil serius mengenainya.

Beliau berkata, kebanyakan majikan kini juga melahirkan kerisauan mengenai mahasiswa yang gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

"Jadi diharapkan selepas beberapa inisiatif termasuk PPSMI, MBMMBI, dan terbaru pelan ini, mutu bahasa Inggeris pelajar akan meningkat," katanya. - BERNAMA

Cetak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.