Guru, ibu bapa patut kerjasama bentuk sahsiah pelajar

SABTU, 16 MEI 2015
Muzaffar Syah Mallow


Pada 16 Mei setiap tahun, negara menyambut Hari Guru, bagi mengenang serta menghargai segala jasa, sumbangan serta pengorbanan diberikan warga pendidik yang banyak mencurah bakti, masa serta tenaga untuk mendidik. Tidak dapat dinafikan, kehidupan dunia masa kini amat memerlukan tenaga manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran serta ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, peranan dimainkan warga pendidik semakin penting bagi menyalurkan segala ilmu pengetahuan yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada pelajar sebelum mereka menempuh alam realiti. Tema sambutan Hari Guru yang dipilih tahun ini ialah Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak. Sesuai tema dipilih, penting bagi pendidik terutama guru memastikan bahawa selain ilmu duniawi serta kemahiran yang dicurahkan kepada pelajar, penting juga bagi mereka menyalurkan lmu yang dapat membentuk sahsiah serta keperibadian pelajar ke arah lebih baik serta yang boleh dibanggakan semua peringkat dalam masyarakat.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.