Kemajuan teknologi landasan sebar fitnah tanpa sedar

JUMAAT, 30 OKTOBER 2015

PENYEBARAN fitnah sememangnya mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web serta e-mel membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dengan mudah, cepat, meluas dan murah. Sepatutnya semakin ramai golongan berpendidikan maka tidak ramai yang terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Namun sebaliknya, bahkan ada golongan berpendidikan turut menjadi penyambung kepada lidah fitnah yang disebarkan itu. Berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran sepatutnya menjadikan kita tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang tidak diasaskan daripada kebenaran tetapi bertujuan mencemarkan nama baik orang lain.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/92875

Antara Zeti, ringgit dan gaya hidup


ISNIN, 21 SEPTEMBER 2015
Kadir Dikoh 

Dalam kekalutan kejatuhan ringgit, ada pasar raya meletakkan papan tanda berbunyi: 'kami terpaksa menaikkan harga barang kerana ringgit'. Rakyat gelisah, gundah gulana dan bimbang kejatuhan teruk ringgit akan menyebabkan harga barang naik. Orang ramai berasakan situasi sekarang tidak seindah digambarkan oleh kerajaan. Penurunan nilai mata ringgit melebihi paras RM4 berbanding dolar Amerika, merisaukan dan persoalan bermain dalam fikiran ialah berapa lama lagi ringgit kembali ke paras yang lebih selesa atau pendeknya, ke paras seperti sebelum ini - RM3.30-RM3.50. Apakah negara kita menuju krisis seperti dialami pada 1998? Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bagaimanapun menolak andaian kononnya kerajaan menggambarkan semuanya baik-baik saja tetapi mengakui situasi sekarang agak mencabar berikutan perkembangan yang berlaku pada peringkat global, selain China melaksanakan beberapa dasar untuk menyeimbangkan serta menstruktur semula ekonominya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.