Wanita usia 100 tahun di Brazil belajar baca, menulis

Gambar hiasan

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita Brazil berusia 100 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuk belajar membaca dan menulis serta menjadi contoh terbaik kepada orang lain dengan menghadiri kelas di Londrina, sebuah bandar di selatan Brazil.

Isolina Campos, yang menyambut hari ulang tahunnya yang ke-100, 25 Mei lalu, mula belajar membaca dan menulis pada 1998 namun akibat masalah kesihatan memaksa beliau untuk berhenti sekolah.
“Sekarang saya kembali dan mengulang kaji pada waktu malam supaya saya tidak duduk di rumah tanpa membuat apa-apa,’’ katanya kepada pemberita.
“Saya tidak suka kehidupan yang tidak aktif dan mahu menjadi contoh kepada mereka yang mahu belajar,’’ kata Campos yang tinggal di bandar dengan kepadatan 14 juta penduduk.

Pengetua sekolah berkenaan, Regina Pierotti memberitahu, Campos tidak malu untuk bertanya di dalam kelas, malah dia akan sering bertanya mengenai perkataan baru yang tidak difahaminya.

“Campos tidak pernah ketinggalan menghadirkan diri dalam setiap kelas melainkan mengalami masalah kesihatan,’’ kata Pirotti kepada akhbar The Estado de Sao Paulo. - AFP

3/6/2011

No comments:

Post a Comment


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.