Pengurusan Multimedia (PM)

PENGENALAN
Pemimpin pendidikan, terutama pemimpin sekolah, perlu mempunyai pengetahuan konsepsual tentang perkembangan ICT yang membolehkan mereka menjadi pemimpin ICT di organisasi masing-masing.

Multimedia merupakan salah satu komponen yang mendorong pertumbuhan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi pesat dalam masyarakat abad ke-21. Pemimpin pendidikan perlu didedahkan kepada perkembangan teknologi baharu yang mengintegrasikan multimedia, termasuk aplikasinya dalam pendidikan agar dapat mengoptimumkan penggunaannya dengan inovatif dan kreatif.

Kursus Pengurusan Multimedia berhasrat mempertingkatkan pengetahuan konsepsual tentang multimedia dan pengurusannya yang sistematik dan cekap. Selain daripada itu, kursus ini akan memberi pendedahan tentang proses pembangunan persembahan multimedia untuk mendalamkan pemahaman tentang potensi multimedia dan seterusnya mencambahkan idea penggunaan multimedia yang kreatif dan inovatif untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan dan kepimpinan organisasi. 

OBJEKTIF
1.  Memahami konsep multimedia.
2.  Memahami pengintegrasian elemen multimedia dalam pdp.
3.  Memahami proses pembangunan persembahan multimedia. 
4.  Merancang pengurusan multimedia. 

KANDUNGAN KURSUS
1.  Konsep multimedia. 
2.  Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.  
3.  Pembangunan persembahan multimedia. 
4.  Perancangan pengurusan multimedia.

KUMPULAN SASARAN 
1.  Pengetua 
2.  Guru Besar 

PENSIJILAN 
Sijil Kehadiran

Pengurusan Pembelajaran Maya (PPM)

PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif menambahbaik sistem rangkaian komputer kepada 10,000 buah sekolah melalui projek 1BestariNet mulai tahun 2012.  Fokus utama 1BestariNet adalah memberikan penyelesaian “End To End”, akses internet yang stabil kepada semua sekolah, rangkaian WAN dan LAN serta persekitaran pembelajaran maya (Virtual Learning Environment,VLE).

1BestariNet merupakan penyelesaian bersepadu yang membenarkan fungsi pembelajaran dan pengajaran, kolaborasi dan sistem pengurusan dilakukan melalui persekitaran pembelajaran maya. Pembelajaran maya sering dikaitkan dengan konsep seperti e-pembelajaran, pembelajaran dalam talian, pembelajaran jarak jauh dan  pembelajaran berasaskan laman web.

Pembelajaran maya merupakan satu trend pembelajaran abad ke 21 yang menekankan penggunaan internet untuk menguruskan pembelajaran, membekalkan mekanisma penghantaran maklumat, pemantauan prestasi pelajar dan capaian kepada sumber PdP yang segera. Selaras dengan perkembangan itu, KPM telah memutuskan supaya Frog dilaksanakan di semua sekolah. 

OBJEKTIF 
1.  Memahami konsep dan perkembangan pembelajaran maya.
2.  Memahami gambaran (overview) dan fungsi pembelajaran maya.
3.  Menguasai kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya.
4.  Memahami pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya. 
5.  Merancang pelan pelaksanaan pembelajaran maya di sekolah. 

KANDUNGAN PROGRAM 
1.  Konsep dan perkembangan pembelajaran maya.
2.  Gambaran (overview) dan fungsi teknologi pembelajaran maya.
3.  Kemahiran asas penggunaan teknologi pembelajaran maya. 
4.  Pengurusan pelaksanaan pembelajaran maya. 

KUMPULAN SASARAN 
1.  Pengetua 
2.  Guru Besar 

PENSIJILAN 
Sijil Kehadiran

Kepimpinan Strategik ICT (KSICT)

PENGENALAN
Matlamat pembangunan ICT Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT. Selain daripada itu pengintegrasian ICT dalam P&P, peningkatan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan dan peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM juga diberi penekanan.

Pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam pembangunan prasarana ICT yang menjadi pengupaya kepada proses kerja harian di semua peringkat pengurusan. Kursus Kepimpinan Strategik ICT bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin sekolah tentang perancangan, pembangunan dan pengurusan prasarana  ICT dengan menggunakan sumber manusia dan peralatan yang sedia ada. Di samping itu, peserta akan didedahkan kepada pembangunan ICT yang terperinci dan berfokus.

OBJEKTIF
1.  Memahami konsep kepimpinan strategik ICT
2.  Memahami peranan ICT dalam p&p dan pengurusan
3.  Memahami perancangan strategik ICT
4.  Membuat penandaarasan penggunaan ICT dalam p&p dan pengurusan
5.  Menilai semula perancangan strategik ICT
6.  Menghasilkan pelan tindakan pembangunan ICT di sekolah

KANDUNGAN KURSUS
1.  Pengenalan kepimpinan strategik ICT
2.  Pembangunan kapasiti kepimpinan ICT
3.  Perancangan strategik ICT
4.  Pengurusan perubahan ICT

KUMPULAN SASARAN
1.  Pengetua
2.  Guru Besar

PENSIJILAN
Sijil Kehadiran

CUEPACS bakal buat keputusan penting mengenai SBPA

SUNGAI PETANI: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan membuat keputusan esok sama ada menerima tawaran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan untuk menerima atau menolak SBPA akan diputuskan oleh 135 ahli persatuan gabungan CUEPACS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang akan menghadiri kongres penuh di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.

"Kongres ini khusus membincangkan SBPA kerana taklimat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada kami hanya menyentuh perkara dasar. Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada anggota-anggota CUEPACS negeri Kedah di sini, hari ini.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

Beliau berkata, CUEPACS meminta anggotanya tidak menandatangani surat tawaran JPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya SBPA.

"Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas," kata Omar.

Katanya, hasil taklimat CUEPACS dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini menyatakan anggota mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambahnya.

Omar berkata, CUEPACS akan meminta JPA menyertainya dalam jelajah ke seluruh negara memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai SBPA.

Katanya, keputusan penting lain termasuk meminta JPA melanjutkan tempoh menandatangani surat tawaran SBPA juga akan diputuskan esok.- BERNAMA
  
2011/12/14

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.