AHAD, 15 NOVEMBER 2015
PERUNTUKAN masa untuk Allah SWT dan utamakan urusan dengan-Nya terlebih dahulu bukan mendahulukan urusan sesama manusia. - Foto Syamsi Suhaimi
FIKIRAN kita akan menentukan niat dan niat menentukan hasil kehidupan (4K iaitu ketenangan, kebahagiaan, kesihatan dan kekayaan). Niat datang dari hati dan hati yang bersih akan menghasilkan tindakan yang bersih.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97047
Masyarakat mesti peka kemudaratan e-rokok, vape.
AHAD, 8 NOVEMBER 2015
Oleh Dr Azizi Ayob
Oleh Dr Azizi Ayob
Pendirian tegas dalam isu ini dan pengharaman gejala e-rokok dan vape ini
adalah wajar kerana memahami kemudaratan yang disebabkan oleh wap vapor yang
dihasilkan melalui kaedah alat elektronik. Saranan ini berdasarkan beberapa
kajian saintifik, kajian awal pendedahan wap e-rokok dan juga meneliti
pandangan hukum syarak. Boleh beri kesan mudarat walaupun begitu, kita sedar
kajian ilmiah secara konklusif untuk mengaitkan wap vapor e-rokok dengan
kemudaratan seperti kanser ke atas manusia masih belum diperoleh. Ini tidak
bermaksud, kita perlu berdiam diri dan membiarkan gejala ini terus merosakkan
masyarakat terutama generasi muda. Banyak kajian awal dan sebahagiannya masih
dalam proses kajian, kesan buruk dan mudarat dari segi sosial dan kesihatan
mental telah dikenal pasti. Perlu ditekankan di sini bahawa kategori alat
elektronik ini termasuk yang tidak mengandungi nikotin dikenali sebagai vape dan
e-rokok pula mengandungi nikotin. Kedua-duanya ini boleh mendatangkan gejala
kurang sihat.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/95282
Kemajuan teknologi landasan sebar fitnah tanpa sedar
PENYEBARAN fitnah sememangnya mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web serta e-mel membolehkan penyebaran maklumat dilakukan dengan mudah, cepat, meluas dan murah. Sepatutnya semakin ramai golongan berpendidikan maka tidak ramai yang terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Namun sebaliknya, bahkan ada golongan berpendidikan turut menjadi penyambung kepada lidah fitnah yang disebarkan itu. Berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran sepatutnya menjadikan kita tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang tidak diasaskan daripada kebenaran tetapi bertujuan mencemarkan nama baik orang lain.
Antara Zeti, ringgit dan gaya hidup
![]() |
ISNIN, 21 SEPTEMBER 2015
Kadir Dikoh
Dalam kekalutan kejatuhan ringgit, ada pasar raya
meletakkan papan tanda berbunyi: 'kami terpaksa menaikkan harga barang kerana
ringgit'. Rakyat gelisah, gundah gulana dan bimbang kejatuhan teruk ringgit
akan menyebabkan harga barang naik. Orang ramai berasakan situasi sekarang
tidak seindah digambarkan oleh kerajaan. Penurunan nilai mata ringgit melebihi
paras RM4 berbanding dolar Amerika, merisaukan dan persoalan bermain dalam
fikiran ialah berapa lama lagi ringgit kembali ke paras yang lebih selesa atau
pendeknya, ke paras seperti sebelum ini - RM3.30-RM3.50. Apakah negara kita
menuju krisis seperti dialami pada 1998? Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti
Akhtar Aziz, bagaimanapun menolak andaian kononnya kerajaan menggambarkan
semuanya baik-baik saja tetapi mengakui situasi sekarang agak mencabar
berikutan perkembangan yang berlaku pada peringkat global, selain China
melaksanakan beberapa dasar untuk menyeimbangkan serta menstruktur semula
ekonominya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83416
Gajet, internet sumber rujukan pelajar abad 21
SABTU, 8 OGOS 2015
Oleh Dr Maslawati Mohamad
KEPERLUAN membaca
terutama dalam kalangan pelajar mengalami peralihan daripada keperluan membaca
bahan bercetak kepada membaca bahan yang diperoleh melalui internet. Walaupun
ia nampak mudah, namun dalam kalangan pelajar terutama yang berada di institusi
pengajian tinggi, sumber ini turut mempunyai permasalahannya. Untuk itu,
beberapa strategi perlu dalam mengatasi permasalahan ini dalam meningkatkan
tahap pemahaman mereka terhadap bahan ilmiah yang diperoleh melalui internet,
seterusnya membantu pelajar dalam usaha menyiapkan tugasan, menjawab soalan
kuiz dan ketika membuat persiapan menghadapi peperiksaan. Oleh kerana kebanyakan bahan bacaan ilmiah
di internet adalah dalam bahasa Inggeris, ramai pelajar menghadapi masalah memahami
apa yang dibaca sepenuhnya disebabkan kurangnya penguasaan kosa kata serta
terminologi dalam disiplin akademik bagi bahasa Inggeris.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73210
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Lawatan ICT ke SK Seri Bintang Selatan pada 8 Jun 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Azhari bin Hj Omar dan seluru...
-
1 Oktober 2013 hari pertama bertugas di IAB Enstek Nilai. Alhamdulillah...tidak perlu lagi berulang alik dari Seremban ke Genting Highlands ...
-
Lawatan telah diadakan pada 16 Mac 2011 Jutaan terima kasih kepada Pengetua SEMINDA Tn Sajoli bin Masdor yang telah sudi menerima kehadiran...
-
11 February 2010 ICT Facilities - All classes have access to Local Area Network (LAN) and Wide Area Network (WAN). 2 computer Laboratories ...
-
8 Apr 2010 On-line school Pengajaran secara Blog, Penggunaan ICT, Pelajar dibenarkan membawa laptop, Penggunaan Interactive Whiteboard, Pe...
-
18 Mac 2010 Inovasi ICT Program Pembestarian sekolah School Management System (SMS)(Perridot System) e-Kehadiran, e-learning, e-Disiplin, e...
-
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk mema...
-
Lawatan ICT telah diadakan pada 6 Julai 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Wong Shee Fatt Guru Besar SJKC Choong Wen, Parents T...
Home