SABTU, 16 MEI 2015
Muzaffar Syah Mallow
Muzaffar Syah Mallow
Pada 16 Mei setiap tahun, negara
menyambut Hari Guru, bagi mengenang serta menghargai segala jasa, sumbangan
serta pengorbanan diberikan warga pendidik yang banyak mencurah bakti, masa
serta tenaga untuk mendidik. Tidak dapat dinafikan, kehidupan dunia masa kini
amat memerlukan tenaga manusia yang mempunyai pelbagai kemahiran serta ilmu
pengetahuan. Oleh yang demikian, peranan dimainkan warga pendidik semakin
penting bagi menyalurkan segala ilmu pengetahuan yang dapat memberi manfaat
jangka panjang kepada pelajar sebelum mereka menempuh alam realiti. Tema
sambutan Hari Guru yang dipilih tahun ini ialah Guru Membina Ilmu
Menyempurnakan Akhlak. Sesuai tema dipilih, penting bagi pendidik terutama guru
memastikan bahawa selain ilmu duniawi serta kemahiran yang dicurahkan kepada
pelajar, penting juga bagi mereka menyalurkan lmu yang dapat membentuk sahsiah
serta keperibadian pelajar ke arah lebih baik serta yang boleh dibanggakan
semua peringkat dalam masyarakat.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55199
No comments:
Post a Comment