ISNIN, 21 SEPTEMBER 2015
Kadir Dikoh
Dalam kekalutan kejatuhan ringgit, ada pasar raya
meletakkan papan tanda berbunyi: 'kami terpaksa menaikkan harga barang kerana
ringgit'. Rakyat gelisah, gundah gulana dan bimbang kejatuhan teruk ringgit
akan menyebabkan harga barang naik. Orang ramai berasakan situasi sekarang
tidak seindah digambarkan oleh kerajaan. Penurunan nilai mata ringgit melebihi
paras RM4 berbanding dolar Amerika, merisaukan dan persoalan bermain dalam
fikiran ialah berapa lama lagi ringgit kembali ke paras yang lebih selesa atau
pendeknya, ke paras seperti sebelum ini - RM3.30-RM3.50. Apakah negara kita
menuju krisis seperti dialami pada 1998? Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti
Akhtar Aziz, bagaimanapun menolak andaian kononnya kerajaan menggambarkan
semuanya baik-baik saja tetapi mengakui situasi sekarang agak mencabar
berikutan perkembangan yang berlaku pada peringkat global, selain China
melaksanakan beberapa dasar untuk menyeimbangkan serta menstruktur semula
ekonominya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/83416
No comments:
Post a Comment