RABU, 21 JANUARI 2015
Oleh Hairul Nizam Baharin
bhnews@bharian.com.my
Pemandangan dari udara banjir yang melanda sekitar Bandar Kota Baharu pada 27 Disember 2015 yang melanda Kelantan. - Foto BERNAMA |
KOTA
BHARU: Kelantan Darul Naim, satu negeri yang agak sinonim dengan budaya dikir
barat dan ulek mayang selain mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti
Rantau Panjang, Wakaf Che Yeh, Pengkalan Kubor yang menjadi tumpuan pelancong
dalam dan luar negara. Menggambarkan tempat sebegitu, Rantau Panjang misalnya,
ia dikenali sebagai 'syurga' membeli-belah yang penuh dengan deretan kedai
menjual pelbagai barangan seperti pakaian, beg tangan dan kelengkapan dapur
yang menggamit kehadiran pengunjung ke situ. Keenakan masakan seperti nasi
kerabu, sup belut, nasi berlauk, kuih akok, bunga tanjung, jala emas dan pulut
panggang manis sering menjadi pilihan pengunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang
ini selain ia mudah didapati. Menjejakkan kaki di Kota Baharu pada 20 Disember
lepas dari Kuala Lumpur yang memakan masa 10 jam, penulis beranggapan bahawa
banjir yang berlaku kali ini sama seperti keadaan mana-mana banjir yang melanda
negeri lain sebelum ini
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/30693
No comments:
Post a Comment