AHAD, 8 NOVEMBER 2015
Oleh Dr Azizi Ayob
Oleh Dr Azizi Ayob
Pendirian tegas dalam isu ini dan pengharaman gejala e-rokok dan vape ini
adalah wajar kerana memahami kemudaratan yang disebabkan oleh wap vapor yang
dihasilkan melalui kaedah alat elektronik. Saranan ini berdasarkan beberapa
kajian saintifik, kajian awal pendedahan wap e-rokok dan juga meneliti
pandangan hukum syarak. Boleh beri kesan mudarat walaupun begitu, kita sedar
kajian ilmiah secara konklusif untuk mengaitkan wap vapor e-rokok dengan
kemudaratan seperti kanser ke atas manusia masih belum diperoleh. Ini tidak
bermaksud, kita perlu berdiam diri dan membiarkan gejala ini terus merosakkan
masyarakat terutama generasi muda. Banyak kajian awal dan sebahagiannya masih
dalam proses kajian, kesan buruk dan mudarat dari segi sosial dan kesihatan
mental telah dikenal pasti. Perlu ditekankan di sini bahawa kategori alat
elektronik ini termasuk yang tidak mengandungi nikotin dikenali sebagai vape dan
e-rokok pula mengandungi nikotin. Kedua-duanya ini boleh mendatangkan gejala
kurang sihat.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/95282
No comments:
Post a Comment