Guru perlu tekankan pembangunan profesionalisme
|
MUHYIDDIN YASSIN melancarkan Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa Inggeris sambil diperhatikan Dr. Mohd. Puad Zarkashi (dua dari kiri), Dr. Wee Ka Siong (dua dari kanan), Abd. Ghafar Mahmud (kiri) dan Dr. Choong Kam Foong di Putrajaya, semalam. |
PUTRAJAYA 7 Julai – Guru perlu mengenal pasti kekuatan masing-masing dan memberi penekanan terhadap aspek pembangunan profesionalisme, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurutnya, peningkatan standard kualiti pengajaran menjadi fokus utama kerana ia amat penting dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing bagi memacu negara ke arah negara berpendapatan tinggi.
“Guru bahasa Inggeris perlu mengetahui keperluan mereka bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran ketika berucap pada majlis pelancaran Standard Pedagogi Pengajaran Bahasa Inggeris di sini, hari ini.
Hadir sama kedua-dua Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Datuk Dr. Wee Ka Siong, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud dan Pengarah English Language Teaching Centre, Dr. Choong Kam Foong.
Standard pedagogi telah digubal oleh Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kualiti pendidikan mata pelajaran tersebut.
Bahasa Inggeris merupakan subjek pertama yang membangunkan standard berkenaan, selaras dengan aspirasi dasar dan strategi Kementerian Pelajaran.
Utusan Malaysia Online 7/7/2011
Popular Posts
-
Lawatan ICT ke SK Seri Bintang Selatan pada 8 Jun 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Azhari bin Hj Omar dan seluru...
-
1 Oktober 2013 hari pertama bertugas di IAB Enstek Nilai. Alhamdulillah...tidak perlu lagi berulang alik dari Seremban ke Genting Highlands ...
-
Lawatan telah diadakan pada 16 Mac 2011 Jutaan terima kasih kepada Pengetua SEMINDA Tn Sajoli bin Masdor yang telah sudi menerima kehadiran...
-
11 February 2010 ICT Facilities - All classes have access to Local Area Network (LAN) and Wide Area Network (WAN). 2 computer Laboratories ...
-
8 Apr 2010 On-line school Pengajaran secara Blog, Penggunaan ICT, Pelajar dibenarkan membawa laptop, Penggunaan Interactive Whiteboard, Pe...
-
18 Mac 2010 Inovasi ICT Program Pembestarian sekolah School Management System (SMS)(Perridot System) e-Kehadiran, e-learning, e-Disiplin, e...
-
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk mema...
-
-
Lawatan ICT telah diadakan pada 6 Julai 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Wong Shee Fatt Guru Besar SJKC Choong Wen, Parents T...
No comments:
Post a Comment