166 pelajar Malaysia dari Indonesia jalani proses kuarantin di IAB

166 pelajar Malaysia dari Indonesia jalani proses kuarantin di IAB
Bas yang membawa 166 pelajar Malaysia dari Indonesia memasuki Institut Aminuddin Baki, Nilai pada petang Khamis. - Foto Astro AWANI
NILAI: Seramai 166 orang pelajar Malaysia dari Indonesia tiba di Pusat Pemantauan (Surveillance Centre) di Institut Aminuddin Baki (IAB) di Nilai hari ini.

Kesemua pelajar itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi sebelum dibawa menaiki tiga bas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua buah bas Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke institut itu.

Kumpulan pertama tiba di pusat itu sekitar jam 2.00 petang manakala kumpulan kedua tiba pada jam 3.16 petang

COVID-19: Tolong duduk diam dalam rumah - PM

KUALA LUMPUR: 

Just stay at home. Demikian nasihat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga.


"Tidak perlu keluar ke mana-mana, dengan cara ini anda terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak ini InsyAllah dapat dibendung.
"Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan. Bukan untuk membolehkan anda balik ke kampung, penuhi jemputan kenduri, beli belah di pasar raya, bersiar di taman atau bercuti di tempat peranginan.
"Tujuan (Perintah Kawalan Pergerakan) ialah supaya anda duduk di rumah.
“Stay at home and protect yourself dan your family (Duduk di rumah dan lindungi diri anda dan keluarga)," katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen di sini, hari ini.





Perhimpunan Bulan Februari 2020 IAB
Pusat Konsultasi dan Pembangunan Organisasi Pendidikan


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.