9 SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:
1. Pemarah paling mudah
dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam
mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh
Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki
itu Allah beri melalui maknusia.
5. Tamak orang yang tidak
puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana
dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak
abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta
atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna
iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang
lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih
besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja
banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala
mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki
sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana
sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan
orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita
ada.
9. Cinta dunia - tidak dapat
menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada
harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta
dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas"
akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan
akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita
tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua
akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"
Siapakah org yg KEDEKUT?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau
membuang e-mail ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada
org lain.
hj meh
ICT untuk Pemimpin Instruksional
PENGENALAN
OBJEKTIF
1. Memahami konsep pemimpin instruksional.
2. Mengenal pasti skop dan fungsi pemimpin instruksional.
5. Merangka pelan penggunaan ICT organisasi.
KANDUNGAN KURSUS
1. Konsep kepimpinan instruksional dalam konteks pendidikandi Malaysia
2. ICT sebagai pengupaya dalam kepimpinan instruksional.
3. Pelan penggunaan ICT organisasi.
KUMPULAN SASARAN
Matlamat
pembangunan ICT Kementerian Pelajaran
Malaysia(KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT,
menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P, meningkatkan penggunaan ICT dalam
pengurusan pendidikan dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di
kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM. Prasarana ICT akan menjadi
sumber fizikal yang penting kepada proses kerja harian pada semua peringkat
pengurusan. Keberkesanan dan kecekapan pengurusan juga akan banyak dipengaruhi
oleh tahap penggunaan prasarana ICT.
Konsep
pengurusan pendidikan sebagai pemimpin instruksional kepada subordinat di
organisasi pendidikan telah lama diperkatakan. Ia merupakan cabaran kepada
kaedah pengurusan dalam organisasi pendidikan bagi mencapai matlamat
secekapnya. Program ICT untuk Pemimpin Instruksional akan menyediakan pengurus
pendidikan dengan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam skop yang boleh membantu
mereka merancang, melaksana, memantau dan menilai pencapaian matlamat
organisasi.
OBJEKTIF
1. Memahami konsep pemimpin instruksional.
2. Mengenal pasti skop dan fungsi pemimpin instruksional.
3. Berkebolehan menggunakan ICT
sebagai pengupaya ke arah pengurusan
instruksional
yang efisien.
4. Meningkatkan
keberkesanan kepimpinan instruksional dengan ICT.5. Merangka pelan penggunaan ICT organisasi.
KANDUNGAN KURSUS
1. Konsep kepimpinan instruksional dalam konteks pendidikandi Malaysia
2. ICT sebagai pengupaya dalam kepimpinan instruksional.
3. Pelan penggunaan ICT organisasi.
KUMPULAN SASARAN
1. Pengetua
2. Guru Besar
PENSIJILAN
Sijil Kehadiran
PENSIJILAN
Sijil Kehadiran
Pengurusan Perkhidmatan ICT (PPICT)
PENGENALAN
Matlamat pembangunan ICT Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk memperluaskan akses dan ekuiti kepada
kemudahan ICT, menekankan pengintegrasian ICT dalam pdp, meningkatkan
penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan dan meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, tenaga pengajar dan personel KPM. Lanjutan daripada itu prasarana ICT akan menjadi sumber fizikal yang
penting kepada proses kerja harian pada semua peringkat pengurusan.
Keberkesanan dan keefisienan pengurusan juga akan banyak dipengaruhi oleh
prestasi prasarana ICT. Sehubungan itu pengurusan perkhidmatan ICT akan menjadi
kritikal kepada semua organisasi pendidikan.
Pengurusan perkhidmatan ICT
merupakan asas kepada pengurusan keseluruhan prasarana ICT sesuatu organisasi.
Pengetahuan teknikal dan kemahiran yang sesuai perlu diperoleh oleh pengurus
pendidikan bagi meningkatkan kecekapan membuat keputusan berkaitan perancangan
dan proses organisasi yang melibatkan penggunaan sumber ICT. Oleh itu, kursus
ini akan dapat memberi pendedahan tentang perkara-perkara kritikal yang
berkaitan pengurusan perkhidmatan ICT.
OBJEKTIF
1. Memahami konsep pengurusan perkhidmatan ICT
organisasi.
2. Memahami asas sistem pengkomputeran.
3. Merancang pengurusan perkhidmatan ICT organisasi.
4. Memahami aspek keselamatan ICT organisasi.
5. Berkeupayaan membuat keputusan berkaitan ICT.
KANDUNGAN KURSUS
1. Asas sistem pengkomputeran.
2. Keselamatan ICT organisasi.
3. Pengurusan
perkhidmatan ICT organisasi.
4. Lawatan penandaarasan.
KUMPULAN SASARAN
1. Pengetua
2. Guru Besar
PENSIJILAN
Sijil Kehadiran
PENSIJILAN
Sijil Kehadiran
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Lawatan ICT ke SK Seri Bintang Selatan pada 8 Jun 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Azhari bin Hj Omar dan seluru...
-
1 Oktober 2013 hari pertama bertugas di IAB Enstek Nilai. Alhamdulillah...tidak perlu lagi berulang alik dari Seremban ke Genting Highlands ...
-
Lawatan telah diadakan pada 16 Mac 2011 Jutaan terima kasih kepada Pengetua SEMINDA Tn Sajoli bin Masdor yang telah sudi menerima kehadiran...
-
11 February 2010 ICT Facilities - All classes have access to Local Area Network (LAN) and Wide Area Network (WAN). 2 computer Laboratories ...
-
8 Apr 2010 On-line school Pengajaran secara Blog, Penggunaan ICT, Pelajar dibenarkan membawa laptop, Penggunaan Interactive Whiteboard, Pe...
-
18 Mac 2010 Inovasi ICT Program Pembestarian sekolah School Management System (SMS)(Perridot System) e-Kehadiran, e-learning, e-Disiplin, e...
-
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk mema...
-
Lawatan ICT telah diadakan pada 6 Julai 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Wong Shee Fatt Guru Besar SJKC Choong Wen, Parents T...
Home