Follow Blog

Berikut adalah cara-cara untuk menjadi member kepada blog rakan atau orang lain.
Contoh menjadi member blog saya.
Buka blog saya http://maikarim.blogspot.com/


Klik Sign in
Klik google (bagi akaun gmail) atau yahoo (bagi akaun yahoo)
Taipkan username dan password
Klik Sign in
Klik Follow this blog
Klik Done
Selesai...

Kemudahan Template Designer

Untuk memasukkan/edit Template, Background, Adjust widths, Layout dan Advanced
Klik Template Designer

Paparan berikut akan dipamerkan
a) Template
          Pilih jenis template yang dikehendaki
          Klik Apply to blog
b) Background
          Klik Background
          Klik Background Image (arrow key)
          Pilihan background image akan dipamerkan (Abstract, The arts,
          Business, Celebrations, ....)
         Pilih background
         Klik Done ATAU
         Untuk memasukkan image yang ada dalam komputer anda
         Klik Upload Image                                          
          Klik Browse
          Masukkan Image
          Klik Done

Menambah Live Chat pada Blog

Menambah Shoutmix dalam blog
Skrin berikut akan dipaparkan


Klik create shoutbox

Isikan maklumat (salin maklumat supaya tidak lupa! ok)
Tandakan I agree
Klik Continue

Puisi : Guru Oh Guru SN Dato' Usman Awang

Guru Oh Guru ...
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Antologi puisi Guru oh Guru, 1989

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Surely silence can sometimes be the most eloquent reply.