Jutaan terima kasih kepada Pengetua SEMINDA Tn Sajoli bin Masdor yang telah sudi menerima kehadiran kami.
Lawatan ICT ke SMK Bukit Indah Ampang Kuala Lumpur
Lawatan telah diadakan pada 16 Mac 2011
Jutaan terima kasih kepada Pengetua SEMINDA Tn Sajoli bin Masdor yang telah sudi menerima kehadiran kami.
Jutaan terima kasih kepada Pengetua SEMINDA Tn Sajoli bin Masdor yang telah sudi menerima kehadiran kami.
Sekatan jualan nasi lemak di sekolah dibangkang
KUALA LUMPUR — Beberapa pertubuhan hari ini meminta kerajaan mengkaji semula arahan menghadkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah kerana langkah itu kurang sesuai dan tidak menyelesaikan masalah.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Hashim Adnan berkata, sekatan penjualan nasi lemak kepada sekali seminggu tidak akan menangani isu obesiti pelajar jika kesedaran mengenai pemakanan berkhasiat pada kalangan ibu bapa masih rendah.
Sebaliknya kata beliau, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan menggalakkan anak-anak mereka melebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan serta menekankan pemakanan seimbang.
18/04/2011
Bernama
Jenis Makanan Larangan di Kantin Sekolah dikaji
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran bagi memantau larangan penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan di kantin sekolah akan memperincikan jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dijual di kantin sekolah.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya turut memberi jaminan harga makanan berkhasiat disediakan pengusaha kantin dijual pada harga berpatutan.
Oleh Nazura Ngah dan Lum Chee Hong
bhnews@bharian.com.my
2011/04/19
e-Pembelajaran IPT dapat reaksi positif ahli akademik
KUALA LUMPUR 17 April — Sasaran kerajaan untuk melaksanakan e-Pembelajaran di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) secara optimum menjelang tahun 2015 mendapat reaksi positif di kalangan ahli akademik negara.
Pensyarah Fakulti Undang-Undang Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Nazura Abdul Manap berkata, langkah kerajaan ini dianggap satu nilai tambah terhadap sistem pendidikan negara.
"Saya amat bersetuju dengan pelaksanaan itu, namun kemudahan e-Pembelajaran ini tidak bermaksud untuk menggantikan kaedah bersemuka yang sedia ada,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nazura berkata, sistem e-Pembelajaran ini adalah untuk membantu setiap penuntut memahami pembelajaran itu dengan lebih mudah dan berkesan terutama yang melibatkan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) "e-Pembelajaran dapat membantu tenaga pengajar yang dibataskan dengan kedudukan geografi contohnya, jika pelajar berada di luar negara mereka masih mampu berhubung dengan pensyarah menerusi sistem ini,” katanya. -Bernama
Kemahiran ICT perlu dikuasai oleh Pemimpin Sekolah
Selamat berkursus kepada peserta Kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional. Kursus diadakan di IAB bermula 11 - 14 April 2011.
Melalui kursus ini diharap tuan/puan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dan berkongsi pengalaman. Kemahiran ICT perlu dikuasai oleh pemimpin sekolah supaya dapat menjadi contoh kepada warga sekolah.
Komitmen yang padu akan menyemarakkan lagi perjuangan
Kursus ICT untuk Pemimpin Instruksional Pengetua dan Guru Besar di daerah Kuala Berang telah diadakan di SK Kuala Berang pada 4 - 6 April 2011.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Kuala Berang, Tuan Ahmad Fuad bin Zakaria kerana telah memberi layanan mesra sepanjang kami menjalankan kursus.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua Pengetua dan Guru Besar yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan kursus yang diadakan. Komitmen yang padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan. Teruskan perjuangan...insyaallah kejayaan sentiasa menanti...
Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar
KANGAR: Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Lawatan ICT ke SK Seri Bintang Selatan pada 8 Jun 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Tuan Azhari bin Hj Omar dan seluru...
-
1 Oktober 2013 hari pertama bertugas di IAB Enstek Nilai. Alhamdulillah...tidak perlu lagi berulang alik dari Seremban ke Genting Highlands ...
-
Lawatan telah diadakan pada 16 Mac 2011 Jutaan terima kasih kepada Pengetua SEMINDA Tn Sajoli bin Masdor yang telah sudi menerima kehadiran...
-
11 February 2010 ICT Facilities - All classes have access to Local Area Network (LAN) and Wide Area Network (WAN). 2 computer Laboratories ...
-
8 Apr 2010 On-line school Pengajaran secara Blog, Penggunaan ICT, Pelajar dibenarkan membawa laptop, Penggunaan Interactive Whiteboard, Pe...
-
18 Mac 2010 Inovasi ICT Program Pembestarian sekolah School Management System (SMS)(Perridot System) e-Kehadiran, e-learning, e-Disiplin, e...
-
Sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang digerakkan untuk mema...
-
Lawatan ICT telah diadakan pada 6 Julai 2011. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Wong Shee Fatt Guru Besar SJKC Choong Wen, Parents T...